Monday, September 19, 2011

Pos Malaysia Sabah mengadakan program bersama Anak Yatim pada 16.08.2011 yang lalu

Sempena Bulan Ramadon,Persatuan Sukan Dan Sosial Pos Sabah (PESSPOS) telah mengadakan kutipan derma dikalangan kakitangan pos sabah untuk program bersama anak yatim. Dua buah pusat penjagaan anak yatim telah dipilih iaitu Rumah Anak Yatim Suria, Tuaran dan Rumah Anak Yatim Darul Bakti, Kota Belud. Sebanyak 50 kampit beras telah disumbangkan kepada kedua-dua rumah anak yatim berkenaan. Sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Darul Bakti telah disampaikan oleh Pengerusi Pesspos iaitu En.Soimon Sinit, manakala di Rumah Anak Yatim Suria sumbangan disampaikan oleh Timbalan Pengerusi, En.Mudin Murah.

Program bersama anak yatim merupakan program yang julung-julung kali diadakan bagi meraih anak yatim dan dalam masa yang sama memberi sumbangan kepada rumah anak yatim sebagai salah satu tanggungjawab sosial yang dituntut oleh Islam.

Pada majlis tersebut wakil kakitangan pos sama-sama berbuka puasa dengan anak-anak yatim Darul Bakti dan seterusnya mengerjakan solat tarawih.

Pengerusi Pesspos, En.Soimon Sinit menyampaikan sumbangan beras kepada wakil Rumah Anak Yatim Darul Bakti Kota Belud.

Dari kiri En.Soimon, En.Mudin Murah, wakil Rumah Anak Yatim Darul Bakti, Pengurus Sumber Wilayah Sabah Hj.Abdul Ghani dan paling kanan En.Abdullah

AJK Pesspos dan juga Ahli Pesspos yang juga merupakan kakitangan pos Sabah. Dari Kiri Pn.Norhayati, Pn Surip, Pn Joura, Pn Halimah dan kanan sekali Cik Noor Hafiza
Sebahagian daripada kanak-kanak perempuan yang menghuni Rumah Anak Yatim Darul Bakti

Kanak-kanak lelaki yang menghuni Rumah Anak Yatim Darul Bakti
En.Sawalih Salamat, Setiausaha Pesspos selaku MC pada majlis tersebut memberi sedikit penerangan berhubung program berkenaan.


Kakitangan Pos Sabah berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim Darul Bakti

No comments: