Wednesday, February 15, 2012

SESI PEMILIHAN BOWLING DAN BADMINTON POS SABAH

04.02.2012 - Bertempat di CPS Bowling Centre Point Sabah satu sesi pemilihan pemain bowling telah diadakan yang bermula jam 2.00 petang yang mana seramai 13 orang peserta telah mengambil bahagian.
En.Kezali Maran dan Puan Rasidah Alan merupakan peserta dari luar Kota Kinabalu (Tawau) yang mengambil bahagian dalam pemilihan  bowling tersebut.

Dalam pada itu bertempat di gelanggang badminton Kompleks Yayasan Sukan Yayasan Sabah satu sesi pemilihan pemain badminton lelaki dan wanita telah diadakan yang diketuai oleh En.Mudin Murah dan dibantu oleh En.Tawakal Halulakal. Sesi pemilihan bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 6.00 petang.
Menurut En.Mudin Murah seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian dalam sesi pemilihan tersebut.


Inilah aksi peserta badminton wanita perseorangan
yang beraksi dalam sesi pemilihan tersebut.



Aksi para peserta dan penyokong dalam sesi pemilihan
badminton tersebut


Peserta lelaki perseorangan
 
Eeee geramnya bilalah giliran aku ni?
Aku buka kasut dululah?

Sebahagian dari peserta Bowling menunggu
perlawan bermula

Peserta bowling bergambar kenangan
sebelum perlawanan bermula


Pihak pesspos merakamkan terima kasih kepada AJK, peserta dan kakitangan pos sabah keseluruhannya dalam membantu menjayakan program yang dijalankan.


 

Thursday, February 9, 2012

SESI PEMILIHAN PEMAIN KE SUKAN KARNIVAL POS KEBANGSAAN

04.02.2012 - Bertempat di Kompleks Sukan Yayasan Sabah Pesspos telah mengadakan sesi pemilihan pemain untuk bola sepak, futsal, dan badminton bermula seawal jam 7.30 pagi. Dalam sesi pemilihan tersebut juga pihak pesspos telah memberi ruang kepada sukan sepaktakraw untuk dinilai dari segi prestasi pemain serta ragu.

Kira-kira 100 orang kakitangan pos dari sekitar Kota Kinabalu serta dari Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Labuan dan Keningau menyertai sesi pemilihan dan penilaian ini.


Pengerusi Pesspos En.Soimon Sinit memberi ucapan
dan seterusnya merasmikan sesi pemilihan dan penilaian
tersebut

Perasmian Futsal Veteran
oleh En.Soimon Sinit


Tim.pengerusi En.Mudin Murah
memberi kata-kata semengat
Peserta beraksi untuk melayakkan
diri dalam pemelihan bola sepak

Betulkah ada training?


Pengurus Operasi Posmel Negeri, En.Realo turut hadir
memberi sokongan kepada pemain bola sepak


Sebahagian pemain bola sepak yang berantap
untuk menampatkan diri dalam pasukan
bola sepak Pos Sabah


Pemain Sepaktakraw mempamerkan kehebatan
untuk penilaian oleh Jawatankuasa pemilihan



Sebahagian pemain sepaktakraw yang yang mengambil
bahagian dalam sesi penilaian tersebut

Pemain Futsal Veteran bergambar kenangan sebelum
sesi pemilihan bermula

Pemain Futsal Veteran beraksi mempamerkan
kehebatan walaupun kapus-kapus(Tercungap2)


Adoi laparlah pulak. Kita makan dulu!


AJK pun kena makan juga.
Lapar bah!

Sebahagian AJK Pesspos yang bertugas dalam sesi pemilihan

Sebahagian daripada pemain bola sepak
dan Futsal bererat sambil menunggu perlawanan seterusnya

Adoi mana diorang ni?

 



Wednesday, February 8, 2012

Perlawanan Bowling Intersection Pos Sabah

11.12.2011- Pos Sabah melalui Pesspos telah mengadakan perlawan bowling intersection(posmel, posniaga, poslaju, pengangkutan, kewangan dan group sales) yang antara lain bertujuan untuk mengukuhkan silatulrahim dikalangan kakitangan pos terutama yang bertugas disekitar kota kinabalu. Perlawanan bowling ini mendapat sambutan yang baik dikalangan semua unit. Penyertaan paling banyak diterima dari Poslaju Kota Kinabalu iaitu sebanyak 7 pasukan.

Perasmian dan penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh pengerusi Pesspos En.Soimon Sinit.

En.Soimon Sinit Pengerusi Pesspos
merasmikan perlawan bowling tersebut

Sebahagian daripada AJK penganjur bergambar kenangan
bersama setiausaha pesspos(Sawalih Salamat) dari sebelah kanan

Kakitangan Pos yang menyertai perlawanan bowling tersebut
bergambar kenangan bersama pengerusi penganjur (Mudin Murah)
dua dari kanan

Pasukan dari Poslaju

Pasukan dari unit posniaga dan juga poslaju

Posniga dan staff outstation bergabung tenaga
dalam satu pasukan

pemain dan penyokong masing-masing


Anak-anak kakitangan tidak ketinggalan memberi sokongan

Pasukan dari unit posmel

Pasukan dari bahagian kewangan