07 April 2012 - Persatuan Sukan Dan Sosial Pos Malaysia Sabah (PESSPOS) telah mengadakan Hari Keluarga Pos Malaysia Sabah Zon Kota Kinabalu bertempat di Tanjung Aru Beach 1 yang dihadiri lebih 300 orang kakitangan dan keluarga. Hari Keluarga Pos Malaysia Sabah dianjur bersama Kesatuan Kakitangan Perkeranian, Kesatuan Pakaian Seragam dan Puteri Pos. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Senam Robik, Tarik Pasangan Atas Karung, Menari Berpasangan Dengan Belon, Pertandingan Makan Donat, Bola Sepak Pantai yang menawarkan hadiah berbentuk hamper kepada pemenang. Untuk golongan kanak-kanak telah diadakan aktiviti seperti pertandingan melukis, cari gula-gula dalam tepung dan tendang bola masuk ke lubang tayar.
Hari Keluarga Pos Malaysia Zon Kota Kinabalu dirasmikan oleh Pengurus Operasi Negeri, Posmel En.Perais Tiying. Beliau merakam tahniah di atas usaha yang dilakukan oleh Persatuan Sukan Dan Sosial Pos Malaysia Sabah telah mengerakkan usaha sehingga Hari Keluarga berjaya diadakan.
Selain itu pihak penganjur juga telah merancang aktiviti yang mana melibatkan semua ahli keluarga iaitu pertandingan mereka pakaian dari surat khabar. Kakitangan yang hadir mengalu-alukan penganjuran Hari Keluarga tersebut apatah lagi tiada penganjuran yang sumpamanya dibuat sebelum ini. Pihak kesatuan Perkeranian dan pakaian Seragam memberi maklumbalas yang sama dan berharap ia diadakan setiap tahun.
Menurut En.Soimon Sinit Pengerusi Persatuaan Sukan Dan Sosial Pos Malaysia Sabah, kali terakhir Hari Keluarga Pos diadakan ialah sepuluh tahun yang lalu. Antara sebab penganjuran tidak dapat dibuat ialah kakangan dari segi kewangan persatuan yang banyak bergantung kepada yuran bulanan ahli. Oleh itu pihak persatuan telah mengadakan jualan tiket bertuah bagi menampung sebahagian daripada perbelanjaan untuk Hari Keluarga Pos tersebut. En.soimon merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Hari Keluarga Pos Malaysia Sabah Zon Kota Kinabalu.
Kakitangan dan keluarga membuat pendaftaran kehadiran dan penyertaan aktiviti Hari Keluarga dikaunter urusetia. Gamabar disebelah kanan En.Perais Tiying memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Kelurga Pos Malaysia Zon Kota Kinabalu.
Kiri -En.Perais (PON) menandatangani board kehadiran sebagai disaksikan oleh EN.Soimon (Pengerusi PESSPOS) pengerusi penganjur
Kanan - En.Soimon menandatangani board kehadiran
ACARA MENARI ATAS KARUNG GUNI
Peserta Acara Menari Atas Karung mendengar taklimat oleh urusetia sebalum acara dimulakan.
Peserta akan menari mengikut rentak muzik di luar karung yang dibentangkan dan apabila muzik berhenti peserta perlu berada di atas karung bersama pasangan dalam kedudukan berdiri.
Peserta yang gagal berada di atas karung secara automatik akan terkeluar.
Dalam pada itu karung akan dilipat setiap kali selepas ada penyingkiran. Pasangan mestilah dikalangan ahli keluarga sama ada suami dan isteri atau dengan anak.
Peserta Acara Menari Atas Karung mengambil tempat masing-masing menunggu acara dimulakan.
Peserta berbincang dengan rakan penari masing-masing.
Bah kita betulkan dulu karung ni. Macam ini ok kah?
Para penari bersaing untuk bersaing ke pusingan seterusnya.
....sakit pinggang ke?
Ibu dan anak ini adalah sebahagian d
aripada peserta yang layak ke peringkat akhir.
ACARA LUMBA LARI DALAM KARUNG
Acara Lumba Lari Dalam Karung kategori lelaki dan wanita tidak kurang hebatnya. Dalam acara ini peserta dikehendaki masuk kedalam karung dan kemudian berlari menggunakan karung tersebut sehingga ke garisan penamat.
Ini adalah peserta wanita Lumba Lari Dalam Karung berlari untuk mendapatkan karung yang bersesuaian dengan saiz badan masing-masing.
Alamak kecilnya karung ni!Tak muatlah.
En.Rahim selaku juruacara yang memastikan aktiviti
yang dijalankan mengikut jadual.
PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK BAWAH 12 TAHUN
Antara anak kakitangan pos yang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna lukisan yang bertemakan Hari Keluarga.
PERTANDINGAN REKA PAKAIAN GUNA SURAT KHABAR
ACARA TENDANG BOLA MASUK LUBANG TAYAR
DEWASA DAN KANAK-KANAK
ACARA CARI GULA-GULA DALAM TEPUNG
JAMUAN MAKAN TENGAH HARI BERSAMA KELUARGA
Bila nak suap abang?
Acara untuk saya takde ke?
PERTANDINGAN MAKAN DONAT
AMBIK KAU!
ACARA MENARI DENGAN BELON
LIMBO ROCK
PERLAWANAN BOLA SEPAK PANTAI WANITA
BOLA SEPAK PANTAI LELAKI VS WANITA
SEBAHAGIAN AHLI KELUARGA POS YANG HADIR
MEMERIAHKAN HARI KELUARGA
Bawah Poko Kelapa' pun ok bah.
Pengerusi Pesspos En.Soimon
S/u Pesspos En.Sawalih Salamat
bawah poko ru ok gak.
Persembahan nyayian oleh kakitangan pos
PENYAMPAIAN HADAIH KEPADA PEMENANG
\\
Jawatankuasa penganjur merakamkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan
Hari Keluarga Pos Malaysia.